Tip Mengenali Perfume


Salam Jumaat.. salam 1 Malaysia.. kt sini sy nk share sedikit info mengenai perfume.. perfume yg terdapat di pasaran nie baik ori kaunter or ori reject terdapat beberapa jenis.. jom kite mengenali perfume ini dengan lebih rapat..

Pada botol pewangi wangian sering tertulis label 'parfum', 'eau de parfum', 'eau de toillette' atau 'body splash'. Mungkin banyak dari Anda masih bingung, kandungan apakah itu dan berpengaruhkah pada ketahanan aromanya?

Label-label tersebut ternyata berkait rapat dengan kadar kandungan pati parfum. Semakin tinggi tingkat patinya, maka semakin lama pula wangian tersebut bertahan dan tentunya, semakin mahal harganya.


Parfum (Pure Perfume/Perfume/Perfume Extract/Parfum Extrait/Elixir)
 Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 16%-30%, dan asli tanpa campuran alkohol. PARFUM adalah pati minyak wangi yang paling kuat dan paling mahal. Tahan lebih lama sehingga 6-8 jam bergantung kepada jenis kulit.  Jika anda mengenakan wangian ini, bukan sahaja tubuh akan berbau harum malah boleh dihidu dari jarak yang cukup jauh dan tahan lama. Jangan menyemburkan semburan parfum ke baju kerana teksturnya yang berminyak dapat meninggalkan noda. Cukup dengan calitkan sedikit di nadi tangan dan belakang telinga.

Eau de Perfume
Kadar Ketumpatan patinya mencapai  8%-16%. EDP atau Eau De Parfum mengandungi pati yang kurang pekat daripada Parfum. Tahan sehingga 3-5 jam. Ia mempunyai kandungan alkohol yang sedikit, aroma wanginya tahan lama dan kuat. Selalunya lebih sesuai digunakan pada malam hari, terutama untuk menghadiri acara formal.

Eau de Toilette 
Kadar Ketumpatan  patinya mencapai 5%-8%. EDT atau Eau De Toilette merupakan minyak wangi yang lazim didapati di pasaran. Tahan sehingga 2-4 jam. Wangian ini berada setingkat diatas cologne. Kandungan alkoholnya kurang sedikit berbanding dengan cologne. Untuk kesegaran yang bertahan lama, wangian jenis ini adalah pilihan yang sesuai kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam dan sesuai untuk banyak acara mahu pun saat bersantai bersama teman.

Eau de Cologne
Kadar Ketumpatan patinya mencapai 3%-5%. EDC atau Eau De Cologne adalah minyak wangi yang paling lemah dan kebiasaannya dipasarkan kepada lelaki. Tahan sehingga 2 jam. Jenis wangian ini yang paling ringan jika dibandingkan dengan yang lain. Amat sesuai digunakan di bagian tubuh, untuk menyegarkan dan memberikan aroma harum setelah mandi. Biasanya wangian ini beraroma menyegarkan. Contohnya kita boleh dapati pada tisu basah yang sesuai digunakan sebagai penyegar selepas melakukan sebarang aktiviti.


Eau Fraiche / Body Splash
Eau Fraiche biasanya disebut dengan istilah Perfume BodyMist atau Body Splash. Ia memiliki kadar pati terendah di antara semua jenis parfum , dengan campuran kurang dari 3% dan bertahan hanya sekitar 1 jam saja.  Wanginya tidak bertahan lama dan cepat menguap, karena kadar alkoholnya yang tinggi. Sama seperti eau de cologne, body splash lebih sesuai dipakai untuk mengharumkan tubuh

diharap melalui info ini, anda dapat kepuasan dalam memilih perfume mengikut kehendak anda..

No comments:

Post a Comment

Segala Yang Tercatat Hak Milik Leyla Amieyla